Wednesday, August 1, 2012

perbezaan antara lelaki dan wanita bila nk dekat raya





Woot Wooot.. Entry kali ni bukan sebab tak sabar nak raya.. Tapi saje nak bagitau balik apa yang selalu terjadi setiap kali nak Raya.. Semua orang bersuka-ria terutama bebudak yang dalam fikiran dorang nak duit raya dan compete dengan kawan-kawan dorang sape dapat duit raya paling banyak.. haha.. tapi tu raya punya citer... ni citer masa dekat nak raya.. haaa...
*AWAS KONTEN INI MUNGKIN BERAT SEBELAH. PADA KAUM WANITA SILA SEDIAKAN MENTAL DAN FIZIKAL ANDA SEBELUM BACA. JIKA TIDAK, BACA POST LAIN YANG MENYEJUKKAN HATI. (^_^)



Woooshhh... lepas baca tajuk entry ni, korang mesti da terngiang-ngiang apa la bezanya laki ngan perempuan ni kan? kan? kan? haha syok sendiri plak.. ok ok mula mula nak bagitau apa yang orang perempuan selalu buat menjelang nak raya.


PEREMPUAN

baju kurung ni ermmm....kak nak sume lah....!!! ahaahhaha

#1 Pertengahan puasa, masing-masing dah mula pikir-pikir tahun ni nak Shopping baju raya berapa pasang... baju raya tema tahun ni nak warna apa.. haaa bab baju ni, besenya mesti orang perempuan yang tentukan! sebab pe, kalau boleh nak kasi match dengan baju dorang.. haha.. tu baru baju.. belum masuk hand bag, kasut, brooch, macam-macam lagi ar.. pakai pun bukan selalu.. betul x? haha.. jangan marah ye kaum wanita di luar sana.. bukan semua tau tapi kebanyakan.. XD


Abg buang sume yg lama kita beli yang baru court mammoth uat sale!!! hahahaha


#2 Perkakas rumah! haa ni antara yang paling ditakuti dengan para suami. baju raya mungkin boleh tahan lagi sebab ada yang beli pakai duit sendiri.. tapi Sofa, Langsir, Cat, Tv, macam-macam lagi ar.. paling hebat, ada yang nak tukar kereta setiap tahun! perrhhh.. banyak duit? haha... tu belum masuk bekas-bekas kuih, pinggan mangkuk... mintaknya senang.. orang laki ni la yang paling banyak keluarkan duit.. kalau tak dibelikan, mula la tarik muka.. haha.. alasannya, taknak kalah dengan jiran.. mana taknya.. jiran beli itu, nak juga... jiran beli ini, nak juga.. suami jiran kahwin dua, tak kasi pulak ikut? hahahaha... gurau je.. XD

banggg...kita xyah beli kuih raya la tahun ni stokk yg tahun lps pnya ada lagi...(sakit la perut kowg..klu dpt mmbr simpan kuih raya lama2x..ahaahha)


#3 Kuih Raya! Hoho.. yang ni kurang sikit tapi ada segelintir yang dah stat tahun ni nak beli kuih raya banyak banyak sangat.. haha.. kadang-kadang boleh detect.. rumah ni kuih raya temanya ni keras-keras, ada rumah yang manis-manis.. hehe... bukan kuih je... lauk-lauk yang wajib ada pun nak beli gak.. haiiihhh.. semua nak beli.. kan resipi kat internet banyak... buat sendiri ya udah.. lagi jimat.. hehe.. tapi ni ok lagi la kot? ngeee

rasanya  takat ni dapat dipikirkan ni je kot? walaupun ada banyak lagi.. haha... ok ok.. kaum wanita agaknya ramai da yang tak puas ati dengan kenyataan kat atas... boleh debat kat dalam komen nanti ye... debat sihat tau jangan yang tak sihat... hahaha...


LELAKI


#1 Mercun! Yeah!! tak dinafikan kaum lelaki antara yang paling exited nak main mercun.. mungkin yang dewasa tak ramai tapi kami-kami yang berjiwa muda ni sangat suka membazirkan duit bermain mercun di malam hari setiap hari selepas semayang tarawih.. haha.. Teringat dulu main member baling mercun masuk dalam poket.. nasib bek mercun mancis je.. tak kuat tapi da leh buat lobang da kat poket.. haha.. maklumlah.. saya dari kecik duduk kampung.. memang tak dinafikan tiap kali puasa mesti berperang punya.. Tapi tu ar.. ada gak yang mengada-ngada nak tunjuk hebat buat mercun sendiri, campur-campur belerang yang ada.. ntah  dorang buat sebelah lilin ke apa sampai meletup kat situ gak? dah menyusahkan orang laen... orang nak raya kat kampung ko beraya kat Hospital.. hah main lagi mercun tu sape suruh? sepatutnya belajar dari yang pakar dulu.. haha..


terdabomm...kita baakooo ajerrrr

#2 Meriam! Hoo Yeaaahh! ini febret saya.. dulu je masa kecik ada gak buat meriam sendiri guna batang paip simen yang da tak di guna lagi.. beli kalbait kat kedai, pastu malam main ar... bunyik dia memang hebat.. shockwave yang melintas pun buat bulu roma naik.. memang best giler! dulu masa kecik-kecik berani buat meriam bawah tanah a.k.a meriam kubur je.. sebab tu je yang paling selamat.. hehe.. da besa sikit, main meriam macam kat gambar tu.. yang tu yang paling best tu! haha..


oPSSS kantoii dh pakai boxeerr supermen


#3 Tido dari pagi sampai petang... kalau boleh bangun-bangun je da buka puasa.. hampeh! pose sekadar pose je.. langsung tak produktif.. alasan, tak larat.. hahaha... masa pose la ye kata tak larat? masa bukan bulan pose, tido gak dari pagi sampai petang? bangun-bangun tengok dapur lauk tak sedap, malas makan.. da tu boleh lak petang-petang men bola ngan member kan? boleh dikatakan satu hari makan sekali.. ok je tu? woooshhh.. choiii... haha..


#4 Baju raya kalau orang laki aku respek siket.. tak banyak pikir.. kalau boleh, satu pasang baju raya tak kesah nak pakai 2 3 tahun.. betul tak betul tak? haha.. sebab aku sendiri macam tu.. baju raya hijau RM15 beli dekat Banting dari form 4 sampai sekarang pakai lagi.. memang ada baju raya len tapi yang tu febret aku.. haha.. XD

Ok arr tak nak puji laki banyak-banyak nanti ada yang baling lesung batu kat blog ni kang.. haha.. semua ni sekadar pengajaran kita bersama.. Bulan Ramadhan ni kita dilatih untuk menghabiskan duit kita dengan bersedekah, membayar zakat.. dan juga kita harus melatih diri kita supaya berjimat cermat.. ni baru nak raya ni.. belum kira juadah berbuka puasa.. haha.. da da. cukup cukup.. hehe.. pape pun, sesapa yang balik kampung tu, drive safely.. jangan tau nak cepat sampai je.. kang tak pasal-pasal tak sempat sampai da... haaa.. elakkan pembaziran.. yang ada tu selagi boleh dan elok mata memandang untuk menggunakannya, gunakanlah dengan seeloknya..

Selamat Pulang dan Selamat Berpuasa.. ^^

No comments:

Post a Comment